2016 – DIARI RASMI TONE RACE TEAM TITAN

FB_IMG_1467040138719

Profile Tone Race Team Titan

DSC04466(2)

  1. Nama peserta (KLIK NAMA UNTUK PROFILE FACEBOOK)
    1. Mohd Faisal Jamil
    2. Mohd Zainuddin Mohd Salleh
    3. Mohd Mirzan Mazlan
    4. Md Iqzan Md Ishakh
  2. Kenderaan : Toyota Estima
  3. No Kumpulan: 119

IMG-20160804-WA0039 IMG-20160804-WA0042

HARI PERTAMA

KUALA LUMPUR

Pada 5hb Ogos 2016, secara rasminya acara Tone Race bermula seawal jam 6 pagi. Kesemua peserta dari seluruh Malaysia yang menaiki kenderaan sendiri mula berkumpul di Pusat Tenis Tun Razak, Jalan Duta Kuala Lumpur.

P_20160805_070316_BF P_20160805_07362520160805_070141 20160805_072439 20160805_073708

Pihak penganjur memberikan tempoh masa 10 jam 30 minit untuk para peserta sampai ke garisan penamat di Taman Jubli Emas Alor Setar selewat-lewatnya pada pukul 0630 petang.

Selepas kesemua peserta selesai mendaftarkan diri, mereka dikehendaki untuk berada di dalam kenderaan masing-masing dan berlepas satu persatu.

Setiap kenderaan (1 pasukan) mempunyai 4 orang ahli, dan ketika berlepas, peserta diberikan bekalan makanan dan kertas soalan yang mengandungi lokasi dan soalan yang perlu dijawab pada hari pertama ini. Keseluruhan soalan pada hari pertama ialah 30 soalan & 15 soalan cabaran yang terdiri daripada:-

  1. Sektor 1 : Bukit Beruntung yang mengandungi 4 zon dan 8 soalan.
  2. Sektor 2: Medan Ipoh yang mengandungi 5 zon dan 12 soalan.
  3. Sektor 3: Penang yang mengandungi 2 zon dan 10 soalan.
  4. Cabaran #1 (IQ TEST) : 15 soalan perlu dijawab sepanjang perjalanan.
  5.  Cabaran #2 (WEFIE) : Cari 5 Mural dan wefie dengan kesemua ahli kumpulan.

Tepat jam 0742 pagi, TEAM TITAN berlepas ke Bukit Beruntung melalui Lebuhraya Utara Selatan Jalan Duta dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit.

BUKIT BERUNTUNG

Berpandukan peta dan soalan yang diberikan, kami bermula dari Zon 1 sehingga Zon 4. Keadaan di sekitar kawasan itu sangat sesak kerana dipenuhi oleh kenderaan peserta Tone Race. Ada yang pusing menaiki kereta dan ada yang berhenti dan berjalan kaki. Sempat lagi, ada yang berhenti sarapan pagi di warung berhampiran…hehehe… (kami just breakfast dalam kereta kerana masa itu BUKAN emas yang boleh dibeli dengan wang ringgit).

Overall, soalan di Sektor 1 ini sangat mudah. Cuma, soalan yang paling tricky di sini ialah “Piala Agung ternyata di sini. Apakah jawapannya dan di mana ia boleh dijumpai?”. 3 kali juga kami pusing di tempat tu…

Setelah selesai menjawab semua soalan, tanpa berlengah lagi kami terus bergerak ke Ipoh dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan ini, kami cuba selesaikan soalah Cabaran #1 dengan beberapa arguement sesama kami untuk mencari rasional jawapan.

MEDAH IPOH

Kami tiba di Medah Ipoh sekitar jam 1030 pagi dan yang bestnya lokasi untuk sektor ini tak begitu sibuk dengan pengguna jalanraya yang lain dan secara tak langsung, ia memudahkan lagi aktiviti Tone Race ini. Para peserta pun tidak begitu ramai berbanding di Bukit Beruntung…mungkin mereka masih bersarapan di sana…

Berdasarkan pengalaman kami semasa di Bukit Beruntung tadi, kali ini untuk menjimatkan masa, 3 daripada kami turun dari kenderaan untuk berjalan kaki bagi mencari jawapan kepada soalan. Driver kami pula sedang menunggu di penghujung jalan sambil membuat persiapan untuk ke destinasi seterusnya. Kali ini, kami perlu memastikan kaedah ini lebih efektif.

Overall, soalan di Sektor 2 ini sangat mudah. Tiada soalan yang tricky, cuma nak cari satu logo kedai tu tak jumpa-jumpa… sebab logo yang kami perlu cari itu terlalu kecil. At last, jumpa juga…

JOM! Next destination, PENANG AKA PULAU MUTIARA…MY HOMETOWN….dah 10 tahun tinggalkan Penang demi mencari kejayaan di Kuala Lumpur. Orang kata, “jauh perjalanan, luas pandangan”. IT’S TRUE!

PENANG

Pada sekitar jam 1225 tengahari, kami tiba di jambatan Pulau Pinang. Sektor terakhir kali ini di George Town yang merangkumi Lebuh Armenian, Lebuh Chulia, Penang Street, dan Jalan Masjid Kapitan Keling.

Ini adalah waktu yang paling sibuk di sana, nak cari parking waktu begini memang susah. Nasib kami baik, sebab ada orang Penang (abang tanjung) dalam TEAM TITAN… Kami meletakkan kenderaan di Penang Street dan berjalan kaki untuk menjawab kesemua 10 soalan & berwifie dengan 4 mural. Kami berempat perlu bergerak bersama kerana kami perlu berwifie bersama dengan anggota kumpulan.

13920221_1419251458091395_1498178581631576139_o 13920544_1419251581424716_4510558378792151454_o 13937912_1419251511424723_7837291450953250824_o

Di Penang, agak tough sebab kami terpaksa berjalan kaki di bawah matahari yang sangat terik ketika itu. Yang bestnya, di Sektor ini, kami boleh nampak ramai peserta yang berlari-lari terutamanya di kawasan mural…ntah kenapa.. mungkin sebab jarak antara mural ini berjauhan dan ada 1 mural ni memang susah nak cari, sebab ia terletak di lorong yang tiada orang lalu lalang.

20160805_13260013669450_1419251434758064_5280858134000718109_o

Overall, soalan-soalan di sini memang best dan ada tricky partnya. Soalan ini menjadi tricky apabila ada argument sesama kami dan bagi mendapat persetujuan semua, kami perlu mencari rasional dengan jawapan kami. Antara soalan-soalan yang tricky di sini termasuklah:’

  • “Perniagaan pemenang Wimbledon berkembang di sini”.
  • “Baru hilang kepala dan dapat perniagaan pakaian ini”.
  • “Kepala Aku Sakit, Ini Akibatnya, Cari kedai kopi dan jelas jawapannya”.
  • “Comel si kecik ini, dari syurga sampai ke sini”.

Ok…selesai kesemua soalan untuk hari pertama, jam menunjukkan pukul 0145 petang… tanpa menikmati nasi kandari yang bersempah di Pulau Mutiara ini, kami terus berangkat ke Alor Setar.

P_20160805_141642_BF P_20160805_141657_BF

ALOR SETAR

Akhirnya, kami tiba di garisan penamat pada jam 0345 petang. Ketika kami tiba di sana, TEAM TITAN adalah pasukan yang ketiga tiba di lokasi. Nasib kami tidak begitu baik, kerana pihak penganjur masih belum tiba di lokasi dan kami tidak boleh menyerahkan jawapan dan tidak boleh declare masa penamat kami. Pihak penganjur memaklumkan kaunter penyerahan akan dibuka pada pukul 0500 petang.

13923697_1419251548091386_3089357636946602281_o

Sementara menunggu pukul 0500 petang, kami beredar seketika untuk mencari makan. Lebih kurang pukul 0430 petang, kami pergi semula ke kaunter penyerahan dan ketika itu ramai peserta lain sudahpun tiba. Ok…kami just beratur, hantar kertas soalan dan terus balik ke Hotel Grand Alora, tempat penginapan kami yang ditempah oleh pihak TONE GROUP.

13895007_1427115177305023_5736750246953249563_n 13906746_1427115263971681_8721705531489644697_n 13962756_1427115223971685_329286141372021265_n 14022368_1427115147305026_1672602715262051011_n

TAMAT HARI PERTAMA

Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada pihak Tone Group kerana menempah hotel bertaraf 5 bintang kepada kami dan view di bilik pun memang awesome!!!! Hotel Grand Alora tingkat 7.

13873186_1427114700638404_1698337379043064938_n 14040202_1427114793971728_7744785958847574500_n13892389_1427115117305029_3293073322990194678_n14040008_1427115070638367_9103684570048355311_n

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 0530 petang, kami berempat berehat sampai ada yang tertidur, terutamanya driver kami… memang letih, TAPI SERONOK! Selepas mandi dan solat, pada pukul 9 malam, kami berempat membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar Alor Setar terutamanya ke Stadium Darul Aman kerana aktiviti untuk hari kedua akan bermula di sana… USHAR TEMPAT DULU….

WOW! Stadium darul aman dipenuhi dengan peniaga bazar malam dan ramai pengunjung yang datang untuk ke sana dan banyak juga kedai makan di situ. Rupa-rupanya, malam esok ada perlawanan bola sepak antara negeri Selangor lwn Kedah. Confirm esok mesti lagi penuh dengan Tone Fiesta lagi di lokasi yang sama.

13925391_1419457841404090_3203929538685697568_n13880261_1427114930638381_8219538812862399237_n 13882528_1419457328070808_180624286416623763_n 14039978_1427114893971718_3068743560137773126_n 20160805_221227

Dipendekkan cerita, kami sempat tengok stage setup untuk Tone Fiesta esok dan singgah sebentar melayan char kuey teow, depa kat sedap…hehe…. sedap.

13895052_1419457561404118_2580307701219067819_n 13906858_1419457598070781_6696643725091447837_n 13907112_1419457694737438_4801382932247248017_n 13938486_1419457634737444_213529599611535385_nIMG-20160805-WA0065 IMG-20160805-WA0066

HARI KEDUA

Jam menunjukkan pukul 0800 pagi, kesemua peserta yang menaiki kenderaan sendiri dan yang menaiki ETS KTM mula berkumpul di Stadium Darul Aman. Kalini lebih ramai berbanding hari pertama kerana semalam terbahagi kepada 2 pasukan, pasukan yang menaiki kenderaan sendiri dan pasukan yang menaiki keretapi.

P_20160806_080957_BF P_20160806_081451 P_20160806_081455 P_20160806_081702_BF P_20160806_081706_BF P_20160806_081733_BFIMG-20160806-WA0002

Pagi ini, peserta seramai 1166 orang yang datangnya dari seluruh negara mula membanjiri stadium. Sebelum bermula, pihak penganjur memberi sedikit taklimat dan masa yang diberikan kepada peserta ialah 3 jam 30 minit.

Konsep untuk hari kedua ini sama seperti hari pertama cuma bezanya, kami tak boleh menaiki kenderaan tetapi perlu berjalan kaki di sekitar Alor Setar. WOW!!!! Makin gelap dan makin slim pasni…

Keseluruhan soalan pada hari kedua ialah 25 soalan & 5 soalan cabaran yang terdiri daripada:-

  1. Sektor 1 : Kompleks Kanchut mengandungi 1 zon dan 5 soalan.
  2. Sektor 2 : Aman Central mengandungi 4 zon dan 10 soalan
  3. Sektor 3 : Teluk Wan Jah Business Center mengandungi 2 zon dan 3 soalan.
  4. Sektor 4 : Muzium Diraja Kedah mengandungi 7 soalan.
  5.  Cabaran #1 (WEFIE) : Cari 5 landmark dan wefie dengan kesemua ahli kumpulan.

Fuhh… agak mencabar juga kalini..1st time datang Alor Setar dan jarak antara sektor ke sektor yang lain pun agak jauh terutamanya nak ke sektor 3.

Overall, soalan-soalan di sini memang best dan ada tricky partnya. Antara soalan-soalan yang tricky di sini termasuklah:-

  • “Bangunan mahal di India”
  • “Belut dinampak dari belakang, untuk kesihatan anak semua orang”.
  • “Apakah nombor yang tertera di atas “rasa pedas”?”
  • “The first lady has “eyes” in the U.S. to wear out”

Sektor 4 pun agak unik kerana peserta dikehendaki untuk ke Muzium Diraja Kedah dan perlu membaca sejarah-sejarah lama kerajaan kedah. Jawapan bagi soalan Sektor 4 bergantung kepada penulisan yang ada di muzium itu.

Untuk Cabaran #1 berwefie, memang xde masalah sebab kami semua kaki selfie…hehehe…

13879352_1419968241353050_5718393713236041160_n13613247_1419968094686398_407243838570022601_o  13909115_1419968284686379_5993232831123589504_o 13909209_1419968121353062_4055983375634930785_o 13925070_1419968164686391_6416240902920996616_n

Tepat jam 1215 tengahari dari sektor 4 kami bergerak ke menara Alor Setar (garisan penamat) untuk menghantar kertas soalan. Kami akui, masa kami agak sedikit lewat…agaknya masa kami banyak dihabiskan di muzium untuk menjawab soalan. Walaubagaimanapun, kami perlu pastikan untuk menjawab soalan dengan berhati-hati supaya jawapan kami betul.

Alhamdulillah…setelah selesai saja menghantar kertas soalan, kami menaiki bas yang disediakan untuk ke Stadium Darul Aman. Dari stadium, kami menaiki kenderaan kami dan terus mencari tempat makan dan pulang ke hotel. Harini juga keputusan bagi hari pertama, hari kedua dan pemenang keseluruhan akan diumumkan pada pukul 0515 petang.

FIESTA ALOR SETAR

Saya akan kurangkan mengarang tentang fiesta alor setar ni… SANGAT BEST! Nak cerita pun terlalu banyak. Saya biarkan gambar yang berbicara.

13891883_1420745284608679_9064422179652583200_n 13907069_1421066114576596_1116526958600251428_n13924972_1427114260638448_5524245581931933177_n20160806_193951 20160806_205118 20160806_205126 20160806_211159 20160806_224201 20160806_224539 20160806_225915 20160806_23084713731944_249478972106186_4374134028618455258_o13724833_249479062106177_4817872947017938353_o13724045_249479048772845_6948956840120115586_o13717321_249479052106178_8895974401771546438_o13698077_249478975439519_4629463727051610283_o13680334_249478968772853_3675865163794068653_o

Akhirnya keputusan yang dinanti-nantikan….KEPUTUSAN TONE RACE ALOR SETAR 2016. Keputusan adalah seperti berikut:

  • Hari pertama: Team Titan di tempat pertama
  • Hari kedua: Team Titan di tempat keenam
  • Pemenang Keseluruhan: Team Titan sebagai Naib Juara.

Leg1 MBR Overall

WOW! WOW! WOW! Alhamdulillah… Kami semua sangat berpuas hati kerana mendapat tempat kedua walaupun niat dan hajat kami sebenarnya untuk menjadi juara. Kami akui, ada banyak lagi pasukan yang hebat penyertai aktiviti Treasure Hunt ini.

Saya juga sempat berjumpa dengan network TEAM TITAN UTARA….kipidapteamtitan!!!

P_20160806_193240_BF P_20160806_213708_BF P_20160806_225715_BF P_20160806_235758_BF P_20160807_001229_BFP_20160807_134355_BFP_20160807_135423_BF

Ini adalah satu permulaan yang terbaik bagi seluruh NETWORK TEAM TITAN bagi menjenamakan nama TEAM TITAN itu sendiri.. bukan dari segi bisnes saja, malah dari segi bekerjasama, support dan bimbingan yang berterusan bagi memastikan setiap ahli yang menyertai TEAM TITAN DAPAT MENJANA PENDAPATAN RM31,941.00 SETIAP BULAN DALAM MASA 3 KE 12 BULAN TANPA GAGAL!!!

Buat seluruh network TEAM TITAN…kami sudah membuktikan bahawa kejayaan dapat dikecapi jika anda mempunyai matlamat yang jelas, semangat berpasukan, berusaha dan tiada istilah gagal sebelum mencuba!!!

<Mirzan Mazlan>

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s